Cikgu Harzuni pergi jua, ‘ Setahun ditidurkan akibat jangkitan C19 lepas bersalin ”


Seorang guru SMK Kelibang,Langkawi telah (ditidurkan) bagi melawan jangkitan C19 selepas bersalin pada Ogos tahun lalu.

Selepas itu dia dirawat bulan berganti bulan hari berganti hari ini lah yang terpaksa keluarganya tempuhi, namun semalam melalui info dari saudara Amran Raman mendapat khabar yang Cikgu Harzuni telah pergi dijemput ilahi.

Untuk Makluman, Cikgu Harzuni Harun telah meninggal dunia setelah setahun ditidurkan akibat C19 dan selepas beliau bersalin.Salam takziah buat keluarga ar4ah Cikgu Harzuni.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.

Ini pula yang di tulis sahabatnya Ieda Iman ” Alfatihah untuk Arwah Cikgu Harzuni Harun, SMK Kelibang yang meninggal dunia malam ni 09.10.22 di Hospital Bahiyah, Langkawi akibat sakit yang dideritainya, Semoga di permudahkn segala urusan.

Seribu kemaafan yang mana ieda pernah iklan mencari penjaga perempuan sebelum ini, Mari kita berdoa ramai ramai moga arwah di tempatkn bersama dengan mereka yang solehah-Ieda.

Ini pulak tulis Ismahan Koder, Innalillahiwainnailaihirajiun.Sahabatku Cikgu Harzuni Harun pergimu tanpa pesan sahabatku tapi aku pasrah kerana engkau pergi dibulan yg mulia dan hari yg baik .

Semoga engkau ditempatkan dikalangan org2 yg solehah dan beriman Aamin,Perginya seorang sahabat dari zaman kanak kanak sehingga kini.Dialah antara sahabat ketawa,gurau senda,gaduh,bertekak,geng jalan2 cari makan,geng gelak,sahabat yg selalu support bila saya berniaga,sahabat yg selalu mengusik ,membahan dan sahabat selalu blanja makan tanpa berkira.

Sebenarnya saya masih mengharapkan dia kembali sembuh utk sama2 kami ulangi kenangan bersama bersama dulu tapi ALLAH lebih menyayangi beliau dan an pada smua sahabat FB saya seislam tolong sedekahkan Al Fatihah untuk sahabat saya ini ya Terima kasih.Salam takziah utk seluruh ahli keluarga arwah dan semoga sabar dgn ujian berat ini.

Sebelum ini juga En Amran pernah menulis mengenai Arwah Cikgu Harzuni Harun,Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat yang dikasihi.

Saya baru mendapat berita bahawa Cikgu Harzuni Harun SMK Kelibang,Langkawi telah (ditidurkan) bagi melawan jangkitan v1rus C19 .

Untuk pengetahuan semua, Cikgu Harzuni Harun baru sahaja melahirkan bayi perempuan & belum berkesempatan bertemu muka dengan anak sulungnya ini, tulisnya.

Semoga keluarga arwah terutama suaminya moga diberikan ketabahan dugaan yang amat berat ini, berakhir sudah sakit bidadri syurganya dia pergi tinggalkan dirinya dan anak. Al fatihah.